BEIJING: Dua penyelidik di China dipecat manakala beberapa pekerja lain dikenakan tindakan disiplin selepas kajian eksperimen penyuntingan gen yang dijalankan mereka melanggar aspek keselamatan dan etika sehingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak.
Agensi berita CCTV melaporkan, dua penyelidik utama yang mengetuai kajian di Sekolah Perubahan Universiti Jiao Tong Shanghai itu turut dilarang terlibat dalam projek sains dan teknologi kerajaan selama lima tahun.
Sementara itu, beberapa individu lain turut dikenakan tindakan termasuk dilucutkan jawatan, diturunkan pangkat dan diberi amaran disiplin.
Siasatan mendapati penyelidik terbabit gagal melaporkan petunjuk awal risiko keselamatan yang dikesan dalam ujian terhadap primat bukan manusia, selain tidak mendedahkan kematian kanak-kanak itu dalam kertas penyelidikan yang diterbitkan pada Februari lalu.









