KOTA BHARU - Kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memenangi walau satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka disifatkan sebagai tamparan buat pemimpin nombor satu negara itu.Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, keputusan itu memperlihatkan kedudukan seseorang sebagai Perdana Menteri tidak semestinya menjamin sokongan rakyat terhadap parti yang dipimpinnya.Menurut beliau, daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, Barisan Nasional (BN) memperoleh 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) empat kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi."Lebih menarik, kesemua empat kerusi PH dimenangi DAP, manakala PKR yang presidennya merupakan Perdana Menteri gagal memenangi satu kerusi pun."Amanah juga gagal memperoleh sebarang kerusi," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau memberitahu, keputusan itu perlu menjadi peringatan kepada Anwar bahawa kedudukan di Putrajaya tidak semestinya mencerminkan tahap kepercayaan rakyat ketika berada di peti undi.Menurutnya, keadaan itu juga mencetuskan persoalan mengenai janji reformasi yang sebelum ini menjadi antara tonggak perjuangan Anwar, khususnya apabila rakyat masih berdepan isu kos sara hidup, ekonomi dan pelbagai janji yang belum tertunai."Anwar dahulu begitu lantang mengkritik kerajaan terdahulu, menjanjikan perubahan, membela rakyat dan menentang pelbagai perkara yang dianggap tidak wajar."Namun hari ini, apabila berada di kerusi kuasa, beliau sendiri berdepan persoalan yang pernah dilemparkan kepada kerajaan sebelumnya," katanya.Mengulas lanjut, keputusan PRN Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan terbaharu Melaka membawa mesej tersendiri mengenai kedudukan PH di mata pengundi.Beliau menyifatkan PH seolah-olah berdepan hukuman politik yang semakin berat susulan keputusan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan.Tambahnya, rakyat tidak lagi mahu mendengar pelbagai alasan sebaliknya mahu melihat hasil daripada janji dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
PRN Melaka: PKR gagal menang kerusi, tamparan buat Anwar - Pemuda Pas Kelantan

Key takeaways
PKR gagal menang kerusi dalam PRN Melaka, menunjukkan kurangnya sokongan rakyat kepada parti yang dipimpin Anwar Ibrahim.
- PKR tidak memenangi sebarang kerusi dalam PRN Melaka.
- Barisan Nasional memperoleh 21 kerusi, Pakatan Harapan empat kerusi, dan Perikatan Nasional tiga kerusi.
- Amanah juga gagal memperoleh sebarang kerusi dalam pilihan raya tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro PRN Melaka: AMANAH sasar menang semua tujuh kerusi
- Sinar Harian PRN Melaka: PKR gagal menang kerusi, tamparan buat Anwar - Pemuda Pas Kelantan (this story)









