SHAH ALAM – Pendekatan pembangunan bakat berorientasikan industri yang dilaksanakan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus membuahkan hasil apabila kadar bekerja graduannya meningkat daripada 98.8 peratus pada 2024 kepada 99.3 peratus pada 2025, sekali gus tertinggi dalam kalangan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).Kadar kebolehpasaran graduan turut meningkat daripada 98.89 peratus kepada 99.4 peratus.Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Keusahawanan (CGEE) Universiti Malaysia Perlis, Dr Nor Faizah Bawadi berkata, kejayaan itu didorong pendekatan pembelajaran yang menekankan aplikasi ilmu, pengalaman industri dan penyelesaian masalah sebenar bagi melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pasaran kerja."Sebagai universiti teknikal, UniMAP memperkukuh kompetensi mahasiswa menerusi pembelajaran berasaskan aplikasi, pensijilan profesional serta latihan yang diiktiraf industri."Pendekatan berkenaan diperkasa melalui program Industry on Campus (IoC), latihan industri dan Work-Based Learning (WBL) yang memberi pendedahan kepada teknologi semasa, budaya kerja profesional serta penyelesaian cabaran sebenar di tempat kerja," katanya menerusi satu kenyataan.Beliau berkata, dalam era kecerdasan buatan (AI), automasi dan transformasi digital, majikan tidak lagi hanya menilai pencapaian akademik.Sebaliknya, mereka mencari graduan yang mampu berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dengan berkesan serta mengaplikasikan ilmu dalam situasi sebenar."Dapatan UniMAP Future Talent Roundtable 2026 dan UniMAP Future Talent Industry Insight Report 2026 turut menunjukkan industri mengiktiraf kekuatan teknikal graduan UniMAP, namun menekankan keperluan memperkukuh komunikasi profesional, penyelesaian masalah secara kendiri, kepimpinan dan keupayaan mempertahankan cadangan berdasarkan fakta."Graduan juga perlu menguasai penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab, termasuk menilai ketepatan maklumat yang dijana teknologi serta membuat keputusan berasaskan pertimbangan kritis," katanya.Faizah berkata, bagi memastikan pembangunan bakat terus relevan, UniMAP memperkukuh kerjasama strategik dengan industri menerusi platform seperti Northern Industrial Career Engagement (NICE) dan UniMAP Future Talent Roundtable, yang menghubungkan keperluan majikan dengan pembangunan kurikulum, pensijilan profesional serta projek tahun akhir mahasiswa."Selaras dengan aspirasi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035, Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2026–2030 dan Pelan Strategik UniMAP 2030, universiti ini turut memperkasa keusahawanan melalui program TVETPreneur UniMAP bagi membolehkan mahasiswa membangunkan inovasi, menghasilkan prototaip dan meneroka peluang pengkomersialan," katanya.Beliau berkata, pendekatan menyeluruh itu memastikan graduan UniMAP bukan sahaja memperoleh pekerjaan, malah memiliki kompetensi, daya saing dan nilai tambah yang terus menjadi pilihan industri.
Graduan UniMAP terus jadi pilihan industri

Key takeaways
Kadar bekerja graduannya meningkat kepada 99.3 peratus pada 2025, tertinggi dalam kalangan MTUN.
- UniMAP meningkatkan kebolehpasaran graduannya melalui pendekatan pembelajaran aplikasi dan pengalaman industri.
- Program seperti Industry on Campus dan Work-Based Learning memberi pendedahan teknologi dan budaya kerja profesional.
- Industri menekankan keperluan graduan yang mampu berfikir kritis, menyelesaikan masalah dan berkomunikasi berkesan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORSHAHZURA MAT ZUKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bersama terus bertanding demi beri pilihan kepada rakyat
- Utusan Malaysia Malaysia terus jadi pilihan pelabur gergasi dunia
- Utusan Malaysia 3,775 graduan Unimap dirai sempena Istiadat Konvokesyen Ke-21
- Sinar Harian Graduan UniMAP terus jadi pilihan industri (this story)









