ARAU: Seramai 3,775 graduan Uni­versiti Malaysia Perlis (Unimap) akan diraikan pada Istiadat Konvokesyen Ke-21 universiti itu yang bermula hari ini sehingga 17 November ini.

Naib Canselor Unimap, Datuk Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, se­ramai 1,114 graduan yang di­raikan adalah penerima Ijazah Sar­jana Muda Kejuruteraan, diikuti Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (609), Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (501), Di­ploma Kejuruteraan (419), Ija­zah Sarjana Muda Komunikasi Me­dia Baharu (211) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi (89).

“Turut menerima ijazah ialah 90 graduan Sarjana, 77 Doktor Fal­safah (PhD), 17 Sarjana Profesional, 554 Sarjana Muda Profesional dan 94 Diploma Profesional,” katanya dalam sidang akhbar di Auditorium Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam Unimap Pauh Putra, di sini, semalam.