Barcelona: Penjaga gol FC Andorra, Jesus Owono digantung 12 perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) selepas insiden perlanggaran dengan penyerang Tenerife, Jesus de Miguel yang mengakibatkan kematian pemain itu minggu lalu.

Keputusan penggantungan maksimum itu diumumkan badan induk berkenaan pada Jumaat selepas Owono didapati melakukan kekasaran ketika aksi Divisyen Dua Sepanyol pada 2 November lalu.

Pemain antarabangsa Equatorial Guinea itu dilayangkan kad merah selepas berlari keluar dari kawasan tengah padang sebelum bertembung dengan De Miguel ketika cuba mengeluarkan bola tinggi.

De Miguel, 30, kemudian dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia pada 3 November.