Turin: Carlos Alcaraz terpaksa menamatkan sesi latihan lebih awal semalam akibat sakit perut, namun pemain Sepanyol itu berkata keadaannya semakin pulih menjelang kejohanan akhir musim, ATP Finals di Turin.
"Saya langsung tidak bersarapan pagi ini kerana tidak mampu berbuat demikian. Saya bangun tidur dengan perut terasa agak tidak selesa.
"Terpaksa menghentikan latihan lebih awal meninggalkan rasa kurang senang, lebih-lebih lagi ia berlangsung di gelanggang utama dengan ramai penonton menyaksikan sesi berkenaan.
"Namun, keadaan saya semakin baik. Kami mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi saya masih makan makanan yang tidak sepatutnya," kata pemain Sepanyol itu kepada pemberita.









