Hyderabad: Sekurang-kurangnya 24 orang termasuk ramai pelajar, maut dalam pertembungan bas dan lori kontena di negeri Assam, timur laut India, pada Jumaat.
Sebelas lagi cedera dalam nahas yang berlaku di lebuh raya berhampiran Taman Negara Kaziranga itu.
Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Golaghat ke Nagaon manakala lori kontena itu menuju ke kawasan Upper Assam, menurut agensi berita PTI yang memetik polis.
"Skala kehilangan nyawa ini amat mengejutkan kita semua dan dan saya bersimpati keluarga yang kehilangan insan tersayang," kata Ketua Menteri Assam Himanta Biswa Sarma, menerusi hantaran di media sosial.









