Kuala Lumpur: Selepas lapan tahun meninggalkan dunia lakonan, pelakon, Arja Lee, tidak menafikan wujud perasaan rindu untuk dirinya muncul di televisyen.

Bagaimanapun, Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 43, itu terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang diterima sejak kebelakangan ini demi memberi tumpuan kepada pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) serta komitmen lain di Kota Bharu, Kelantan.

"Sejujurnya, saya benar-benar rindu untuk berlakon dan kembali ke televisyen. Sejak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA 2026) yang lalu, alhamdulillah, beberapa tawaran telah hadir.

"Terima kasih kerana sudi mengingati saya dan atas setiap peluang yang diberikan. Ia amat bermakna buat saya," tulisnya menerusi hantaran di Threads.