Keterujaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini menyebabkan seorang wanita warga emas tidak dapat tidur lena malam tadi.
Key takeaways
Wanita warga emas, Tan Siw Choo, 62, tidak dapat tidur kerana kegembiraan menunaikan tanggungjawab mengundi PRN Melaka, dan ia menjadi pengalaman istimewa berbanding pilihan raya sebelumnya.
- Siw Choo dan suaminya tiba di pusat pengundian lebih awal pada pukul 7.05 pagi.
- Pengalaman mengundi kali ini lebih teruja dan istimewa berbanding sebelum ini.
- Kediaman mereka terletak kira-kira dua kilometer dari pusat pengundian.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
ALOR GAJAH: Keterujaan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini menyebabkan seorang wanita warga emas tidak dapat tidur lena malam tadi.
Tan Siw Choo, 62, berkata, dia bersama suaminya, Liew Chee Phin, 66, bertolak dari rumah seawal pukul 7.05 pagi bagi memastikan mereka dapat mengundi lebih awal.
Menurutnya, walaupun sudah banyak kali mengundi, perasaan teruja yang dialaminya kali ini berbeza berbanding pilihan raya sebelum ini.
“Gembira. Semalam tak dapat tidur. Kali ini rasa istimewa, dulu tak pernah rasa macam ini.