Liew Chee Ping, 66, dan Tan Siw Choo, 62, bersemangat tiba awal pagi dan mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi DUN Tanjung Bidara.Liew Chee Ping, 66, dan Tan Siw Choo, 62, bersemangat tiba awal pagi dan mengundi untuk memilih wakil rakyat bagi DUN Tanjung Bidara.
MASJID TANAH: Sepasang suami isteri warga emas begitu teruja untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi apabila tiba seawal 7 pagi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram bagi mengundi pada PRN Melaka.
Liew Chee Ping, 66, dan Tan Siw Choo, 62, antara pengundi paling awal berada di pusat mengundi terbabit.
Liew berkata mereka sengaja keluar lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas selain tidak mahu mengambil risiko sekiranya hujan pada sebelah petang.








