GAZA: Gaza merekodkan korban pertama akibat cuaca sejuk tahun ini selepas seorang bayi berusia sembilan bulan meninggal dunia akibat hipotermia.

Menurut Kementerian Kesihatan semalam, Kinan Ahmed Arqiq, meninggal dunia selepas mengalami penurunan suhu badan secara mendadak.

Menurut kenyataan yang disiarkan Pejabat Media Gaza, bayi berkenaan dibawa dari Hospital Kuwait ke Kompleks Perubatan Nasser pada Khamis, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Pemeriksaan forensik mengesahkan kematian bayi itu berpunca daripada hipotermia, iaitu keadaan apabila suhu badan menurun ke paras berbahaya.