KUALA LUMPUR: Bermula sebagai peminat setia yang tidak pernah melepaskan peluang mengikuti pertandingan Eurovision Song Contest (ESC), penyanyi Aina Abdul kini melangkah ke pentas berprestij itu dengan misi lebih besar apabila diberi peluang mewakili Malaysia dalam edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026.
Malah, Aina mengakui peluang itu ibarat impian yang menjadi kenyataan memandangkan minatnya terhadap pertandingan berkenaan sudah berputik sejak penyanyi legenda, Celine Dion, membuat persembahan di pentas Eurovision.
Apabila mengetahui pertandingan itu bakal diperluaskan ke Asia, Aina tanpa berfikir panjang menyuarakan hasrat kepada pasukannya untuk turut serta.
"Apabila mendapat tahu Eurovision akhirnya datang ke Asia, saya terus memberitahu pasukan bahawa saya mahu membuat persembahan.








