PETALING JAYA- Usaha Kosmo! untuk membantu seorang pelajar cemerlang yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 berakhir apabila remaja yang menghidap kanser tulang tahap 4 itu dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi tadi.

Menurut ibunya, Nurul Huda Ruslan, 43, anak ketiganya itu meninggal dunia ketika berada di rumah dan kejadian itu disedarinya selepas terjaga dari tidur untuk mengerjakan solat subuh.

“Ketika bangun tidur untuk solat, saya pergi melihat dia dan Udin sudah tiada.

“Bagaimanapun, pada pukul 1 pagi ketika adiknya bangun untuk memberi abangnya minum air, Udin masih bernafas ketika itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.