MELAKA – Pasangan kembar kerdil mahu kepimpinan yang dipilh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mampu menjaga kebajikan golongan orang kurang upaya (OKU) seperti mereka.

Lau Song Kiow dan Lau Song Thai, 63, yang mempunyai ketinggian kira-kira 80 sentimeter (cm) dari Taman Asean di Kesidang, di sini, tiba di pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim di sini kira-kira pukul 10.15 pagi.

Kehadiran mereka yang ditemani kakak, Lau Siu Wah, 65, mencuri perhatian ramai pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang.

Berkongsi perasaan selepas mengundi, mereka menyifatkan pengalaman itu sebagai sesuatu yang menggembirakan dan mengujakan.