PETALING JAYA – Sebuah lori dilaporkan terbabas selepas dipercayai hilang kawalan dalam kejadian di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Zoo Negara, hari ini.
Kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu menyebabkan kesesakan trafik dilaporkan berlaku di laluan menghala ke Ampang.
Menerusi perkongsian akaun Threads @asalgombak, lori berkenaan dilihat terbabas di lokasi kejadian dan melanggar penghadang tengah jalan.
Bagaimanapun, keadaan pemandu lori itu belum dapat dipastikan selepas seorang pengguna media sosial mendakwa lelaki berkenaan dipercayai tersepit di dalam kenderaan tersebut.









