BAKAT luar biasa Hael Husaini dalam penghasilan lagu kembali menghantui ramai dengan peluncuran buah tangan terbaharunya berjudul Selesa.
Karya segar genre balada itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hael bersama gandingan komposer berbakat besar, Iqie Hugh.
Sejak dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital pada 30 Oktober lalu, Selesa terus dihujani ribuan pujian peminat yang mengagumi kehebatan karya tersebut.
Lebih membanggakan Selesa meledak dalam semua platform media sosial khususnya TikTok apabila digunakan secara meluas sebagai muzik latar pelbagai video terutama yang berkaitan dengan momen galau.










