Manila: ASEAN perlu menyokong pelan integrasi ekonominya dengan menetapkan sasaran pencapaian yang jelas serta memastikan pelaksanaan yang konsisten bagi memberikan manfaat kepada perniagaan, pengguna dan pekerja, kata Setiausaha Perdagangan dan Industri Filipina Cristina Roque.

Beliau berkata, Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2026-2030 memerlukan penyelarasan yang berkesan, manakala hasil ekonomi keutamaan yang masih belum dicapai di bawah kepengerusian Filipina perlu disempurnakan dan usaha berkaitan diteruskan selepas tahun ini.

"Ukuran sebenar kejayaan pelan ini bukanlah pada jumlah komitmen yang kita buat, tetapi nilai tambah yang diberikan kepada setiap perniagaan, pengguna, pekerja dan komuniti.