Kuala Lumpur : Debaran semakin memuncak apabila penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul bakal menggalas tanggungjawab besar membawa cabaran Malaysia pada pentas berprestij edisi sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di One Bangkok Forum, Bangkok, Thailand, malam ini.
Dijadualkan tampil sebagai peserta terakhir membuat persembahan, Aina bakal berentap dengan wakil daripada 10 negara lain iaitu Vietnam, Kemboja, Laos, Mongolia, Bhutan, Filipina, Bangladesh, Thailand, Korea Selatan dan Nepal.
Peminat tempatan boleh menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung menerusi TV3 selaku penyiar rasmi Malaysia serta platform penstriman Tonton bermula jam 9.30 malam ini, selain liputan khas menerusi program Melodi Exclusive lebih awal pada jam 9.15 malam.






