Washington: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengarahkan semua pesawat di lapangan terbang seluruh negara itu supaya tidak berlepas susulan masalah komunikasi dalam kawalan trafik udara, menurut Setiausaha Pengangkutan AS Sean Duffy pada Jumaat.

Duffy menerusi hantaran di platform X memaklumkan bahawa juruteknik FAA sedang berusaha menyelesaikan masalah itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

FAA pernah menggantung trafik udara di seluruh AS sekali sejak serangan pengganas pada 11 Sept 2001, iaitu pada Januari 2023.

Ketika itu, penggantungan berkenaan berpunca daripada kegagalan sistem yang digunakan untuk menghantar mesej kepada juruterbang. Penggantungan itu ditarik balik selepas beberapa jam.