AYER MOLEK: Polis menerima 37 laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan membuka 28 kertas siasatan sejak hari penamaan calon hingga semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata 25 kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, manakala tiga lagi masih dalam siasatan.

Beliau berkata, kebanyakan kes dilaporkan membabitkan perbuatan khianat yang disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, kita terima 37 laporan polis dan buka 28 kertas siasatan dan yang sudah hantar kepada Timbalan Pendakwa Raya sebanyak 25 kes manakala tiga lagi masih dalam siasatan.