Kuala Lumpur: Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperkenalkan Dasar Psikologi Sektor Awam (DPSA) yang disifatkan sebagai langkah strategik memperkukuh infrastruktur psikologi negara.

Dasar berkenaan diperkenalkan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM), Ceraian PO.3.2.1 dan dijadualkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027.

Presiden PSIMA, Prof Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali dalam kenyataan hari ini berkata, pengenalan dasar itu penting bagi memastikan kesejahteraan psikologi, kesihatan mental dan pembangunan potensi penjawat awam diberikan perhatian secara sistematik, menyeluruh serta berterusan.

"Dalam menghadapi cabaran perkhidmatan awam yang semakin kompleks, pendekatan psikologi tidak seharusnya terbatas kepada intervensi apabila berlakunya masalah kesihatan mental.