PILIHAN Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat (AS) yang baru selesai baru-baru ini, adalah memilih wakil ahli Kongres atau dewan perundangan diwakili Dewan Senat dan Dewan Perwakilan serta gabenor di setiap 50 negeri, termasuk wakil majlis tempatan.

Pilihan raya itu juga penting kerana mengukur pencapaian separuh penggal Donald Trump yang menjadi Presiden AS pada 2024.

Rakyat AS diminta keluar mengundi dan harus memilih kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi Dewan Senat dipertandingkan.

Apa yang menarik keputusan pilihan raya itu ialah parti Demokrat yang memakai warna biru memenangi 20 daripada 35 kerusi dipertandingkan.