KUALA LUMPUR: Transformasi digital perlu disertai daya tahan digital bagi memastikan operasi perniagaan tidak terjejas apabila berlaku gangguan teknologi, menurut Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).
Gesaan itu dibuat susulan gangguan perkhidmatan Microsoft 365 pada peringkat global.
Presiden FMM, Jacob Lee Chor Kok, menggesa pengilang menyemak semula tahap kebergantungan terhadap platform teknologi tertentu.
Beliau berkata, syarikat perlu menyediakan saluran komunikasi alternatif, mengekalkan akses selamat kepada maklumat operasi penting serta membangunkan pelan kontingensi praktikal.









