KUALA LUMPUR: Zetrix AI Bhd mengesahkan bahawa syarikat itu kini tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar balik keseluruhan tunggakan RM2 bilion di bawah program sukuk wakalahnya.
Zetrix AI dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, penjelasan itu diberikan sebagai maklum balas terhadap pertanyaan mengenai keupayaan kewangannya membayar balik jumlah prinsipal serta asas penilaian lembaga pengarah.
"Mesyuarat seterusnya dengan pemegang sukuk masih belum ditetapkan kerana menunggu perkembangan terkini membabitkan satu lagi pelanggaran, iaitu pembayaran balik sebanyak RM25 juta yang masih belum dibuat.
"Zetrix AI berhasrat melunaskan jumlah itu sebelum mesyuarat dengan pemegang sukuk diadakan," menurut syarikat berkenaan.









