MANCHESTER – Legenda Manchester United, Paul Scholes menzahirkan keraguan terhadap kemampuan Mauricio Pochettino yang disebut calon utama untuk muncul sebagai pengurus baharu kelab itu.

Kelmarin, United mengesahkan pemecatan Michael Carrick selepas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Omar Berrada dan Pengarah Bola Sepak Jason Wilcox berlepas ke Monaco untuk mengadakan pertemuan bersama Sir Jim Ratcliffe bagi mengesahkan keputusan itu.

“Kebimbangan saya terhadap seseorang seperti Pochettino adalah kita mungkin agak terlewat untuk mendapatkannya.

“Saya rasa hasil kerja terbaiknya berlaku beberapa tahun lalu, khususnya ketika bersama Southampton dan Tottenham. Itulah sebenarnya tempoh yang paling sesuai untuk beliau menyertai Manchester United,” katanya.