WASHINGTON: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) telah menarik balik penggantungan sementara trafik udara yang melarang pesawat berlepas dari semua lapangan terbang di AS, menurut notis disiarkan dalam laman sesawang badan kawal selia itu.

"Arahan penggantungan penerbangan di seluruh negara oleh Pusat Pemerintah FAA sudah dibatalkan," menurut notis itu sebagaimana dilaporkan Sputnik/RIA Novosti.

Notifikasi itu dikeluarkan pada jam 1.19 pagi ini (waktu GMT).

Terdahulu, penggantungan sementara terbabit berkuat kuasa jam 8.53 malam tadi (waktu GMT) susulan kegagalan komunikasi utama yang menjejaskan operasi kawalan trafik udara.