MERLIMAU - Isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kembali menjadi perhatian menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak seharusnya dijadikan sandaran utama parti politik untuk meraih kemenangan.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, isu berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan.Menurutnya, keputusan pilihan raya terdahulu juga wajar dijadikan rujukan dalam menilai sejauh mana isu berkenaan mempengaruhi sokongan pengundi."Jika mereka beranggapan bahawa Najib merupakan faktor utama yang akan membantu mereka memenangi pilihan raya ini, saya hanya ingin mengingatkan bahawa isu ini sudah dibangkitkan sejak PRN Johor, Negeri Sembilan dan kini di Melaka."Kita juga sudah mengetahui keputusan pilihan raya sebelum ini. Jadi, kita berharap keputusan yang sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan akan berulang di Melaka kali ini," katanya.Beliau berkata demikian selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau pada Sabtu.Akmal selesai mengundi kira-kira 10 minit selepas tiba di pusat mengundi pada jam 8.40 pagi.Kenyataan itu dibuat ketika isu berkaitan Najib kembali menjadi perhatian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd di bawah perintah tahanan rumahARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagiPRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasiPRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petangPRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di MelakaPRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundiPRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkanPerintah itu berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028.Bagaimanapun, Najib turut tertakluk kepada beberapa sekatan, termasuk larangan membuat kenyataan atau ulasan kepada media, menggunakan platform media sosial, menghadiri majlis keramaian serta terlibat dalam aktiviti politik sepanjang tempoh berkenaan. - Awani
PRN Melaka: Isu Najib bukan modal baharu kempen pihak lawan - Akmal

Key takeaways
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata isu Najib tidak seharusnya jadi modal utama kempen pihak lawan dalam PRN Melaka.
- Isu Najib sudah dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini seperti Johor dan Negeri Sembilan.
- Keputusan pilihan raya terdahulu menunjukkan isu ini tidak memberi kesan besar kepada sokongan pengundi.
- Akmal menjangkakan keputusan PRN Melaka akan serupa dengan keputusan di Johor dan Negeri Sembilan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pakatan baharu ubah landskap PRN Melaka
- Utusan Malaysia PH teliti kemungkinan kerjasama baharu selepas PRN Melaka
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Elak jadikan tahanan rumah Najib modal kempen, kata Tok Mat
- Berita Harian PRN Melaka bayangan arah baharu politik nasional
- Sinar Harian PRN Melaka: Isu Najib bukan modal baharu kempen pihak lawan - Akmal (this story)







