Mohamad Hasan berkata semua pihak perlu mengetahui had garisan selaras Perlembagaan Persekutuan. (Gambar Bernama)ALOR GAJAH: Isu tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak tidak wajar dijadikan bahan kempen pada PRN Melaka, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau berkata isu tidak berpuas hati sepatutnya tidak timbul kerana pengampunan bersyarat itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, ia tidak sepatutnya dipersoalkan demi meraih sokongan politik dan semua pihak harus menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas negara.

"Kita mesti tahu garisan mana boleh kita sentuh dan tidak boleh sentuh," katanya selepas kempen di DUN Durian Tunggal.