PRN Melaka pada 14 Nov menyaksikan 17 pertandingan pelbagai penjuru dengan kebanyakannya membabitkan Bersama iaitu parti serpihan PKR.PETALING JAYA: Pembentukan pakatan politik baharu pada PRN Melaka mengubah landskap persaingan sehingga keputusan tipis lima tahun lalu tidak lagi sesuai dijadikan ukuran utama untuk menjangka keputusan kali ini.
Pada PRN 2021, sebanyak 13 kerusi, kebanyakannya kawasan majoriti Melayu, dimenangi dengan majoriti kurang 1,000 undi ketika Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bertembung di semua 28 DUN.
Hisomuddin Bakar.Namun, Hisomuddin Bakar daripada Ilham Centre berkata keadaan kali ini berbeza walaupun PRN 14 Nov menyaksikan 17 pertandingan pelbagai penjuru.









