MELAKA - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Jason Tze-Xi Nathan menegaskan tiada sebarang pelanggaran peraturan pilihan raya dilakukan beliau susulan proses pengundiannya dihentikan sementara oleh petugas pusat mengundi pada Sabtu.Beliau berkata, kekeliruan itu berlaku apabila Ketua Tempat Mengundi (KTM) tidak pasti sama ada calon yang bertanding dalam pilihan raya dibenarkan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.Menurutnya, petugas berkenaan kemudian mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan selepas melihat satu mesej dalam kumpulan media sosial yang mendakwa calon tidak boleh mengundi."Selepas menghubungi pihak atasan, proses pengundian disambung semula kira-kira dua minit kemudian selepas mendapat pengesahan," katanya.Jason berkata, kejadian berlaku ketika beliau tiba di pusat mengundi kira-kira jam 9 pagi dan sedang menerima kertas undi sebelum proses berkenaan dihentikan sementara.Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan petugas terbabit kerana memahami kemungkinan individu itu masih baharu dalam menjalankan tugas sebagai KTM."Saya tidak menyalahkan beliau kerana nampak masih muda dan mungkin pertama kali bertugas sebagai KTM."Tindakan mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan juga adalah dalam bidang kuasanya," katanya.
PRN Melaka: Tiada pelanggaran peraturan, petugas cuma keliru - calon PH

Key takeaways
Calon PH, Jason Tze-Xi Nathan, menyatakan tiada pelanggaran peraturan pilihan raya berlaku semasa proses pengundian dihentikan sementara oleh petugas.
- Ketua Tempat Mengundi tidak pasti sama ada calon boleh mengundi.
- Petugas mendapatkan pengesahan daripada pihak atasan sebelum proses dilanjutkan.
- Jason tidak menyalahkan petugas kerana mungkin baru dalam tugas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro PRN Melaka: Ahmad Maslan, pantun berpisah tiada
- Sinar Harian PRN Melaka: Tiada pelanggaran peraturan, petugas cuma keliru - calon PH (this story)








