Los Angeles: Elina Svitolina mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain nombor dua dunia, Aryna Sabalenka dalam aksi tiga set untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Final WTA, awal pagi tadi.
Pemain veteran Ukraine yang menghuni ranking keenam dunia itu bangkit selepas ketinggalan pada awal set penentuan sebelum melakar kemenangan 6-3, 3-6, 6-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.
Elina memenangi enam permainan berturut-turut pada set ketiga untuk menamatkan cabaran bintang Belarus itu.
Kemenangan itu juga hanya yang kedua buat Elina dalam lapan pertemuan dengan Aryna, yang bergelut dengan servis pertama selain melakukan 35 kesilapan sendiri sepanjang perlawanan.









