ARAU - Dalam dunia pendidikan tinggi yang semakin kompetitif, kejayaan sesebuah universiti tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan kecemerlangan akademik atau jumlah graduan dilahirkan setiap tahun.Sebaliknya, institusi pendidikan perlu memainkan peranan lebih besar membentuk insan yang bukan sahaja memiliki ilmu dan kemahiran, malah mempunyai jati diri, integriti, empati serta kesedaran terhadap tanggungjawab kepada masyarakat.Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif memberi penekanan pembangunan mahasiswa secara holistik dengan meletakkan pembentukan karakter sebagai antara agenda penting sepanjang tempoh pengajian.Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniMAP, Profesor Dr Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah berkata, pengalaman di universiti tidak terhad kepada bilik kuliah, tugasan dan peperiksaan, sebaliknya perlu menjadi proses membina kematangan diri serta keupayaan mahasiswa menghadapi realiti kehidupan.Menurutnya, pendekatan itu diterjemahkan melalui tujuh inisiatif utama HEPA UniMAP merangkumi pembangunan kampus mesra pelajar, pemerkasaan mahasiswa, keterjaminan kebajikan, keusahawanan dan kebolehpasaran graduan, kecemerlangan bakat, pemasyarakatan mahasiswa serta peluasan penglibatan alumni."Matlamat kita bukan sekadar melahirkan graduan yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi individu mempunyai nilai tambah, mampu memimpin, berkomunikasi, bekerja dalam pasukan dan memahami tanggungjawab terhadap masyarakat."Kita mahu mahasiswa melalui pengalaman kampus yang holistik. Mereka bukan hanya datang ke kuliah, balik ke kolej dan mengulangi rutin sama, sebaliknya perlu diberi ruang untuk membina potensi diri," katanya kepada Sinar Harian sempena Konvokesyen ke-21 di Dewan Tuanku Canselor di Kampus Alam UniMAP yang bermula hari ini sehingga Selasa.Jelas Mohd Mustafa Al Bakri, pengalaman kampus secara holistik sepanjang tiga hingga empat tahun pengajian memastikan mahasiswa mendapat nilai tambah yang tidak diperoleh melalui pembelajaran akademik semata-mata.Antara aspek diberi perhatian ialah usaha melahirkan pemimpin mahasiswa yang mampu berfikir secara matang, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah."Sejak 2024, UniMAP memberi ruang lebih besar kepada mahasiswa menguruskan kewangan sendiri, selain memperkukuh autonomi mereka dalam mengendalikan aktiviti dan program pelajar."Proses pemilihan pemimpin mahasiswa melalui Jawatankuasa Pemilihan dan Pengurusan Mahasiswa (JPPM) dilaksanakan secara bebas daripada campur tangan pusat tanggungjawab atau HEPA," ujarnya.Katanya, mahasiswa diberikan platform mengembangkan kepimpinan melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK), persatuan fakulti dan kelab dengan mengendalikan pelbagai program termasuk baktisiswa, Siswa Turun Kampung dan festival konvokesyen.Ekosistem kampus menyantuni mahasiswa Menurut Mohd Mustafa Al Bakri, mahasiswa perlu melangkah lebih jauh menghasilkan sesuatu yang memberi impak dan menyelesaikan masalah selari