KUALA TERENGGANU – Lima syor penambahbaikan tatakelola kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Terengganu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Lima syor berkenaan meliputi keperluan mewujudkan borang akuan bersumpah di Pesuruhjaya Sumpah yang perlu mengandungi frasa tertentu termasuk peringatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 sekiranya mengemukakan dokumen palsu, serta mengeluarkan arahan kawalan dalaman bagi melarang kakitangan mengurus atau membuat bayaran permohonan bagi pihak pemohon dalam urusan permohonan Program Kompetensi Kemahiran (PKK).Syor ketiga ialah CIDB perlu melaksanakan proses verifikasi terhadap dokumen yang dimuat naik dalam Sistem Pengurusan Industri Pembinaan (CIMS) dan yang keempat pula ialah memastikan penyebaran maklumat mengenai kadar yuran permohonan PKK hendaklah dibuat secara terus kepada CIDB tanpa melibatkan pihak ketiga.Syor akhir ialah perlu mewujudkan mekanisme terhadap pengasingan fungsi dan peranan penilai.Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Nor Adha Ab Gani berkata, cadangan penambahbaikan tatakelola yang dibentangkan itu merupakan hasil dapatan isu yang dikenal pasti melalui siasatan yang dijalankan pada tahun ini.Beliau menegaskan pelaksanaan langkah penambahbaikan berkenaan amat penting dalam memastikan amalan tadbir urus yang lebih telus, bertanggungjawab dan seragam bagi menutup ruang serta peluang berlakunya amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.Kesemua syor penambahbaikan tatakelola berkenaan dibentangkan di Bilik Mesyuarat Utama SPRM Terengganu di sini pada Khamis.
SPRM kemuka lima syor tambah baik tatakelola CIDB Terengganu

Key takeaways
SPRM cadangkan lima penambahbaikan tatakelola CIDB Terengganu untuk memastikan kecekapan dan ketelusan.
- SPRM cadangkan penggunaan borang akuan bersumpah dengan peringatan mengenai dokumen palsu.
- CIDB perlu melaksanakan proses verifikasi dokumen dalam sistem CIMS.
- Perlu mewujudkan mekanisme pengasingan fungsi penilai untuk mengelak salah guna kuasa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today DBP sokong tambah baik bahasa mukadimah Rukun Negara
- Utusan Malaysia Tambah baik liputan dan kelajuan internet di Batu Kawan
- Sinar Harian SPRM kemuka lima syor tambah baik tatakelola CIDB Terengganu (this story)







