MASJID TANAH - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyeru seluruh pengundi negeri Melaka khususnya pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara segera keluar mengundi pada sesi pagi bagi mengelakkan sebarang gangguan cuaca di sebelah petang.Beliau bersama isteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram sekitar jam 8.30 pagi.Ab Rauf yang juga calon BN DUN Tanjung Bidara memaklumkan sambutan pada sebelah pagi dilihat amat memberangsangkan dengan lebih 500 pengundi telah hadir menunaikan tanggungjawab.Menurutnya, beliau berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian serta pengurusan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan teratur dan memudahkan urusan pengundi."Saya mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR kerana tugas yang dijalankan nampak teratur dan tidak menyusahkan pengundi yang datang."Ini satu usaha terbaik bagi memudahkan rakyat keluar mengundi. Saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Melaka, khususnya di kawasan Tanjung Bidara kerana sama-sama menunaikan tanggungjawab hari ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai mengundi di SK Jeram pada Sabtu.Mengulas lanjut, Ab Rauf berharap pengundi mengambil peluang untuk keluar mengundi lebih awal berikutan ramalan cuaca menjangkakan hujan pada sebelah petang.Bagaimanapun katanya, kemudahan turut disediakan bagi membantu pengundi sekiranya berlaku hujan sepanjang proses pengundian berlangsung."Saya harapkan kalau boleh sebelah pagi ini keluarlah secepat yang boleh kerana ramalan cuaca menjangkakan hujan pada sebelah petang."Apa pun, kita sudah menyediakan kemudahan untuk membantu mereka ketika hujan," katanya.
PRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petang

Key takeaways
Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mengingatkan pengundi untuk mengundi pada pagi hari untuk mengelakkan gangguan cuaca di petang.
- Ab Rauf mengucapkan terima kasih kepada pegawai SPR kerana pengurusan yang teratur.
- Lebih 500 pengundi hadir di kawasan Tanjung Bidara pada sesi pagi.
- Ramalan cuaca menjangkakan hujan pada sebelah petang, menggalakkan pengundi keluar lebih awal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Bagaimana Melayu akan mengundi Sabtu ini?
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Sistem OCR-VA tidak jejas kerahsiaan, masa mengundi - SPR
- Harian Metro PRN Melaka: Ab Rauf tiba di SK Jeram untuk mengundi
- Harian Metro PRN Melaka: Ab Rauf, Adam Adli selesai mengundi
- Sinar Harian PRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petang (this story)







