KUALA LUMPUR: Seramai 96,844 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara sejak 2024 hingga September lalu, dengan trend tangkapan menunjukkan peningkatan tahun demi tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail, berkata 33,136 individu ditahan pada 2024, sebelum meningkat kepada 36,740 pada 2025, membabitkan peningkatan 3,604 tangkapan atau 10.9 peratus.

"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, 26,968 tangkapan warga asing yang terbabit dalam kesalahan jenayah direkodkan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang bentuk pelanggaran undang-undang dan perlakuan jenayah membabitkan warga asing di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.