Kuala Lumpur: Seramai 96,844 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah di seluruh negara sepanjang tempoh 2024 hingga September lalu, dengan trend tangkapan menunjukkan peningkatan tahun demi tahun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, jumlah tangkapan itu merangkumi 33,136 individu pada 2024, sebelum meningkat kepada 36,740 orang pada 2025.

Beliau berkata, terdapat peningkatan sebanyak 3,604 tangkapan atau 10.9 peratus direkodkan pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.

"Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 26,968 tangkapan warga asing yang terbabit dalam kesalahan jenayah direkodkan.