PETALING JAYA: Skuad Bawah 16 (B-16) negara perlu lebih tajam didepan gol ketika berdepan Singapura dalam aksi kedua Kumpulan E, Kelayakan Piala Asia B-17 2027 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Itu pesanan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan kepada skuad kendalian Shukor Adan sekiranya mereka memasang impian untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia B-17 tahun depan.
Ab Ghani juga meminta para pemain agar segera melupakan kekalahan 2-0 kepada Palestin dalam aksi pembukaan, Ahad lalu dan memberikan sepenuh tumpuan untuk bangkit memburu kemenangan ke atas Singapura.
“Jangan lagi persia-siakan peluang di depan pintu gol seperti mana yang berlaku ketika menentang Palestin sebelum ini. Kita perlu belajar daripada kesilapan tersebut dan pastikan perkara sama tidak berulang.









