HANG TUAH JAYA – Kesibukan menguruskan perniagaan putu piring tidak menghalang seorang peniaga untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Abdul Razi Karim, 40, yang berniaga bersama lima adik-beradiknya di Ayer Molek, bergegas ke pusat mengundi tanpa sempat menanggalkan apron yang dipakainya ketika bekerja."Kami enam beradik perlu mengatur masa dengan baik bergilir-gilir untuk mengundi."Masing-masing memainkan peranan dalam menguruskan perniagaan putu piring resipi keluarga itu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Sekolah Kebangsaan Dato' Demang Hussin, Bukit Katil pada Sabtu.Menurut Abdul Razi, dia tiba di pusat mengundi kira-kira jam 8.30 pagi sebelum kembali meneruskan urusan perniagaan yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang."Proses buang undi berjalan lancar dan mudah tanpa mengambil masa terlalu lama," katanya.Setakat jam 9 pagi, data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sebanyak 9.24 peratus atau 61,854 daripada 669,211 pengundi telah keluar mengundi.PRN Melaka kali ini menyaksikan seramai 79 calon layak bertanding bagi merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas tempoh kempen selama 14 hari berakhir pada Jumaat.Pakatan Harapan (PH) menampilkan 24 calon, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 23 calon, Parti Bersama Malaysia (16), Parti Pribumi Bersatu (7), Perikatan Nasional (5) tiga calon Bebas dan seorang calon daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia daripada keseluruhan 28 kerusi DUN.
PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan

Key takeaways
Seorang peniaga putu piring mengundi pada PRN Melaka tanpa menanggalkan apronnya kerana kesibukan perniagaan.
- Abdul Razi Karim mengundi tanpa menanggalkan apron kerana perniagaan putu piringnya aktif dari pagi hingga petang.
- Pengundi di DUN Bukit Katil memenuhi pusat mengundi dengan 9.24 peratus pengundi telah mengundi pada jam 9 pagi.
- PRN Melaka mempunyai 79 calon bertanding untuk 28 kerusi DUN setelah kempen berakhir.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Bagaimana Melayu akan mengundi Sabtu ini?
- Utusan Malaysia SPR sasar 70 peratus keluar mengundi PRN Melaka
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka: Sistem OCR-VA tidak jejas kerahsiaan, masa mengundi - SPR
- Sinar Harian PRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkan (this story)








