BANTING - Seorang lelaki yang dipercayai menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di sini direman tujuh hari bermula Sabtu untuk membantu siasatan kes.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan sehingga Jumaat depan."Suspek berusia lingkungan 20-an direman tujuh hari hari ini (Sabtu)."Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan motif kejadian sedang disiasat," katanya pada Sabtu.Sebelum itu, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Pusat Panggilan Kecemasan MERS 999, kira-kira jam 1 petang, Jumaat.Media melaporkan, pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia 50-an dipercayai dibunuh dengan cara dijerut di bahagian leher.Susulan kejadian itu, polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan.
Ibu maut dijerut: Anak lelaki direman 7 hari

Key takeaways
Seorang lelaki direman tujuh hari kerana disyaki menjerut leher ibunya hingga maut.
- Suspek positif dadah methamphetamine mengikut ujian saringan air kencing.
- Polis menahan anak lelaki mangsa untuk membantu siasatan kes.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Guru lelaki direman 6 hari, disiasat kes amang seksual murid 7 tahun
- Sinar Harian Ibu maut dijerut: Anak lelaki direman 7 hari (this story)
- Free Malaysia Today Anak direman 7 hari kes ibu maut dijerut









