MELAKA - Polis Melaka akan meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa kawasan dikenal pasti sebagai kawasan panas antaranya Seri Bendahara, Seri Negeri dan Istana Melaka bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini selepas pilihan raya negeri berakhir.Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, lokasi yang merupakan premis penting dalam pentadbiran kerajaan negeri itu dijangka menjadi tumpuan kumpulan penyokong parti politik selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 diumumkan.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagiPRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasiPRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petangPRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di MelakaPRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundiPRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkanSehubungan itu, beliau berkata, lebih 1,000 anggota polis akan ditempatkan di beberapa lokasi penting termasuk di sekitar kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keamanan dan keadaan stabil selepas pilihan raya negeri berakhir pada Sabtu. "Secara keseluruhan, pada hari ini (Sabtu), sebanyak 3,632 anggota dan pegawai polis digerakkan di seluruh Melaka bagi memantau dan memastikan keselamatan dan kelancaran proses pengundian PRN Melaka ke-16 yang berlangsung pada Sabtu."Jumlah keanggotaan itu tidak termasuk 300 anggota trafik yang ditugaskan mengawal aliran kenderaan yang dijangka meningkat ekoran kemasukan kenderaan (pengundi) luar dari Melaka yang pulang mengundi," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja, Ayer Molek di sini pada Sabtu. Dzulkhairi berkata, kesemua anggota berkenaan digerakkan seawal jam 4 pagi pada Sabtu untuk memantau 240 pusat pengundian di seluruh Melaka melibatkan 1,213 saluran.Beliau berkata, Polis Melaka juga menerima bantuan daripada Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan dan Unit Tindakan Rusuhan Awam serta Pasukan Gerakan Am.Selain itu katanya, polis menerima 37 laporan berkaitan PRN Melaka dan 28 kertas siasatan dibuka bermula dari tempoh hari penamaan calon pada 31 Oktober hingga Jumaat.Beliau berkata, kebanyakan kesalahan yang dilaporkan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan 25 kertas siasatan telah dihantar ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.Beliau turut mengingatkan penyokong parti politik agar menerima segala keputusan PRN dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan sebarang insiden atau mencetuskan provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam."Kepada penyokong parti yang menang, mereka boleh meraikannya tetapi secara terkawal dan berhemah termasuk jangan menunggang motosikal secara berkumpulan di banyak lokasi di Melaka seperti yang tular di media sosial malam tadi."Kita dapat lihat perbuatan itu menyebabkan kesesak
PRN Melaka: Polis perketat kawalan di kawasan panas

Key takeaways
Polis Melaka akan perketat kawalan di kawasan panas seperti Seri Bendahara selepas pilihan raya negeri.
- Polis Melaka meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan panas.
- Kawasan seperti Istana Melaka dijangka menjadi tumpuan penyokong parti politik.
- Tujuan kawalan adalah mengelakkan insiden tidak diingini selepas PRN.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro PRN Melaka: Polis keluarkan 29 permit ceramah
- Utusan Malaysia Polis tingkat rondaan, cegah provokasi sepanjang PRN Melaka
- Berita Harian PRN Melaka: Hampir 300 polis trafik bertugas
- Sinar Harian PRN Melaka: Polis perketat kawalan di kawasan panas (this story)









