MELAKA - Sebanyak 17.96 peratus atau 120,162 pengundi daripada 669,211 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 setakat jam 10 pagi pada Sabtu. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang merekodkan jumlah keluar mengundi tertinggi ialah Taboh Naning dengan 19.97 peratus daripada 24,282 pengundi, diikuti Serkam (19.94 peratus daripada 11,174 pengundi) dan Tanjung Bidara (19.92 peratus daripada 21,104 pengundi).ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: 240 pusat mengundi dibuka serentak jam 8 pagiPRN Melaka: Warga emas tidak lena tidur teruja mahu raikan pesta demokrasiPRN Melaka: Selesai mengundi, Ab Rauf ingatkan pengundi jangan tunggu petangPRN Melaka: Selepas 14 tahun, empat beranak asal Kelantan pertama kali undi di MelakaPRN Melaka: Diserang strok ketika memandu, Syamsinar tetap gigih mengundiPRN Melaka: Bergegas mengundi, apron berniaga pun tak sempat ditanggalkanTiga DUN mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah ialah Sungai Udang (16.39 peratus daripada 20,209 pengundi), Bandar Hilir (16 peratus daripada 22,818 pengundi) dan Kesidang (15.27 peratus daripada 53,972 pengundi).Sebanyak 240 pusat mengundi biasa dengan 1,213 saluran dibuka serentak jam 8 pagi hingga 6 petang bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan negeri baharu untuk penggal akan datang.Secara keseluruhannya, terdapat 675,166 pengundi biasa bagi PRN kali ini, dengan 5,955 daripada mereka mengundi secara pos. - Bernama
PRN Melaka: 17.6 peratus pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 10 pagi

Key takeaways
Sebanyak 17.96 peratus pengundi di Melaka telah mengundi setakat jam 10 pagi pada Sabtu bagi Pilihan Raya Negeri ke-16. Taboh Naning mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi.
- Sebanyak 120,162 daripada 669,211 pengundi biasa telah menunaikan tanggungjawab mengundi.
- Taboh Naning merekodkan keluar mengundi tertinggi iaitu 19.97 peratus daripada 24,282 pengundi.
- Serkam dan Tanjung Bidara masing-masing mencatatkan 19.94 peratus dan 19.92 peratus.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 12,531 pengundi awal PRN Melaka tunai tanggungjawab hari ini
- Utusan Malaysia PRN Melaka: 94.96 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab
- Sinar Harian PRN Melaka: 17.6 peratus pengundi tunai tanggungjawab setakat jam 10 pagi (this story)








