Key takeaways
Avril Lavigne mengumumkan kelahiran anak sulungnya, seorang bayi perempuan, menerusi Instagram pada Jumaat. Penyanyi berusia 42 tahun itu tidak mendedahkan nama anak mahupun identiti bapa si bayi.
- Avril Lavigne berkongsi berita kelahiran anak sulungnya di Instagram pada Jumaat.
- Penyanyi berusia 42 tahun itu memuat naik foto mendakap bayi perempuan tersebut.
- Avril tidak mendedahkan nama anak mahupun identiti bapa si bayi.
- Avril pernah berkahwin dengan Deryck Whibley pada 2006 dan berpisah pada 2010.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
LOS ANGELES: Penyanyi antarabangsa, Avril Lavigne mencuri perhatian peminat apabila mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya, seorang bayi perempuan, menerusi perkongsian di media sosial.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi berusia 42 tahun berkenaan menerusi Instagram pada Jumaat, sekali gus mengejutkan peminat yang tidak mengetahui dirinya sedang hamil.
Menerusi perkongsian berkenaan, penyanyi lagu Complicated itu turut memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan dirinya mendakap bayi perempuan berkenaan.
Avril menyertakan kapsyen ringkas, “Our Mini Princess has arrived” sebagai tanda menyambut kehadiran puteri kecilnya.