Kuala Kumpur : Penyanyi, Avril Lavigne kini bergelar ibu selepas mengejutkan peminat apabila mengumumkan kelahiran cahaya mata sulungnya, seorang bayi perempuan.

Lavigne, 42, berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram awal pagi tadi dengan memuat naik beberapa keping gambar hitam putih serta keterangan ringkas.

"Our Mini F------ Princess has arrived (Puteri mini kami dah sampai)," tulisnya.

Perkongsian berkenaan turut memaparkan foto mesra Lavigne bersama pasangannya memegang tangan bayi mereka, selain gambarnya memeluk si kecil yang mengenakan pakaian bercorak harimau bintang lengkap dengan reben sedondon.