Kuala Kangsar: Pindaan Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai Perak 2026 dan Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Perak 2026 kini dalam proses akhir sebelum akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) untuk pewartaan.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pengemaskinian akhir kedua-dua draf kaedah berkenaan dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia (DoF) Perak selepas maklum balas diterima daripada Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri (LA).
"Berkaitan perincian status, draf kedua-dua kaedah itu sudah menerima ulasan dan cadangan daripada LA untuk penambahbaikan. Apabila sampai kepada LA itu bermakna ia sudah di peringkat akhir.










