PETALING JAYA: Kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sepenuhnya skuad bawah 16 (B-16) tahun negara kendalian Shukor Adan dalam usaha memburu tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17 di Uzbekistan tahun depan.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman berkata, sasaran badan induk itu adalah untuk melihat skuad remaja negara melepasi saingan kelayakan sekali gus kembali beraksi di pentas tertinggi bola sepak Asia.
Menurutnya, peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri perlu menjadi kelebihan buat pemain negara untuk mendapatkan keputusan positif sepanjang kempen kelayakan berkenaan.
"Sasaran kita memang mahu layak ke pusingan akhir kerana kita melihat kumpulan ini agak baik dan kita merasakan berpeluang untuk melangkah ke pusingan akhir di Uzbekistan.









