RABU lalu, mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) keluar mengundi bagi pilihan raya kampus tahun ini.
Seperti tradisinya di kampus ini, pemilihan Presiden Kesatuan Mahasiswa UIAM dimulakan sesi perdebatan antara calon-calon Presiden.
Tahun ini, saya dijemput untuk menjadi pemudah cara sesi tersebut, yang mana kami menyaksikan pertembungan terbesar dalam sejarah kesatuan mahasiswa dengan persaingan empat penjuru.
Seperti biasa, sesi ini menjadi panas dengan pertelingkahan antara calon-calon, malah hadirin turut diberi ruang untuk bertanyakan soalan. Malang sekali, seperti politik tanah air, kebanyakan perbincangan hanya sekadar di awang-awangan.









