Menteri Wilayah Persekutuan Hannah Yeoh menegaskan penubuhan kementerian khusus penting bagi menjamin dasar, peruntukan serta sokongan menyeluruh untuk golongan berusia.

KUALA LUMPUR: Penubuhan kementerian khusus bagi warga emas wajar dipertimbangkan bagi memastikan keperluan dan kebajikan golongan itu mendapat perhatian sewajarnya dalam penggubalan dasar, peruntukan belanjawan serta pembangunan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh berkata warga emas, khususnya mereka berusia 60 hingga 80-an, masih merupakan golongan yang kurang mendapat perhatian meskipun telah banyak menyumbang kepada negara sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, selain tiada agensi kerajaan khusus bertanggungjawab menjaga keperluan golongan berkenaan.