GUA MUSANG: Polis merampas 2,000 pil disyaki dadah jenis Yaba bernilai RM20,000 selepas menahan seorang lelaki di hadapan tandas Lapang Sasar Rantau Manis, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata suspek terlebih dahulu untuk tujuan pemeriksaan susulan Op Tapis kira-kira jam 5.30 petang selepas dikesan menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan.
"Ketika pemeriksaan polis menemukan beg plastik berwarna hitam dalam raga motosikal yang kemudian disahkan mengandungi beberapa bungkusan plastik berisi 2,000 biji pil disyaki dadah jenis Yaba dengan berat keseluruhan 200 gram.
"Nilai keseluruhan dadah dirampas dianggarkan RM20,000," katanya ketika dihubungi.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmalacca_PH_1as342_189200.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)