KUALA LUMPUR: Polis menahan 195 remaja dan seorang pengurus premis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan tanpa lesen di ibu negara kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Ahmad Azwan Amin Nordin berkata remaja yang ditahan terdiri daripada 93 lelaki dan 61 perempuan warga tempatan serta 16 lelaki dan 25 perempuan warga asing.
Beliau berkata 16 pekerja premis dan 219 pengunjung lain turut diperiksa manakala siasatan mendapati pusat hiburan berkenaan beroperasi tanpa lesen serta membenarkan kemasukan pengunjung bawah umur.
“Pengurus premis terbabit disiasat mengikut Seksyen 29(2) Kaedah-Kaedah Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1993 kerana membenarkan pengunjung bawah umur memasuki premis hiburan.








