PONTIAN – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan ( SWCorp ) Negeri Johor mengesahkan ada pihak yang cuba menghidupkan semula tapak pembuangan sisa bahan binaan yang telah ditutup pada 18 Ogos lalu.

Pengarahnya, Zainal Fitri Ahmad berkata, ini berikutan dengan pengesanan 10 buah lori treler dari pelbagai syarikat di sebuah tapak pembuangan sisa binaan di Mukim Rimba Terjun melalui operasi pada 13 November lalu.

Katanya, semakan dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Cawangan Import) mendapati lapan buah lori mempunyai rekod kemasukan dengan muatan sisa batu melibatkan empat syarikat lori.

“Hasil operasi juga mendapati dua buah lori tanpa rekod kastam serta tiada rekod operasi tetap mengikut urusan syarikat masing-masing dan keadaan di tapak terdapat sebuah jentera (jengkaut) dengan longgokan sisa bercampur